Monday 28 March 2011

Makan Rotiboybun....

 Hai kawan- kawan! Tadi saya makan rotiboybun .... Sedap....mmmmm.... Biasalah rotiboybun tu lah roti kegemaran saya.... Kalau kita  tengok memang besar tapi bila kita makan sekejap je dah habis.... ish ish ish.... ada magic... hehe... Walau macam mana pun itu tidak ada masalah bagi saya untuk menjadi roti kegemaran saya.... Kalau dekat 1 Utama dia ada banyak warna coklat jadi sedap tapi dekat Mid Valley banyak warna putih + Coklat jadi tidak berapa sedap sangat.... hahaha...  Tapi tak apa janji sama sahaja rasanya. Saya saja yang tak tahu yang sebernanya tak kisah warna apa apa  ianya hanya sama rasa....... hehe .....


 Itulah cerita Rotiboy Bun saya ... hehe ....

Pertandingan Mewarna

 Hai kawan- kawan. Esok saya kena bawak pensil warna atau krayon atau watercolour.... rasanya nak bawak yang mana satu huh??? "pening pening pening". Hah! Rasanya bawak pensil warnalah. Saya akan pasti yang saya akan menang... Kepada kawan- kawan semua tolong doakan saya supaya saya menang... Kalau saya menang saya janji akan tulis "POST" setiap hari supaya kawan- kawan gembira.....   Itulah pengalaman esok  ( 29.3.2011} sekolah saya akan mengadakan satu program iaitu " Pertandingan Mewarna"    


    
        Sekian,
        Terima Kasih




       Yang Benar : Miza

Thursday 24 March 2011

Pohon Tua Degil Yang Istimewa.

 Pada suatu hari, Aurora dan Putera Phillip sedang menikmati permandangan di halaman istana. "Permandangan yang sangat mempersonakan!" ujar Aurora. "Ia hampir sempurna!" jawab Putera Phillip. Tiba-tiba, baginda terlihat sebuah pohon tua. "Saya rasa pohon tua itu telah mencacatkan permandangan," ujarnya. Kemudian, Putera Phillip mengambil seutas tali, lantas menunggang kudanya untuk pergi membuang pohon tua itu. Aurora juga turut menyertainya. Tiba- tiba, sekumpulan haiwan hutan berlari ke arah Aurora. Mereka kelihatan sangat takut kerana pohon tua itu telah manjadi tempat tinggal mereka sekian lama. "Saya akan cuba memujuk Putera Phillip supaya mengubah fikiran, " janji Aurora. Kemudian, Aurora terlihat Putera Phillip sedang bersiap sedia untuk menumbangkan pohon tua itu. Putera Phillip mengikat tali pada keliling batang pohon itu dan menyambungkannya pada pelana kuda. Putera Phillip cuba menarik pohon tersebut bersama kudanya tetapi pohon itu tidak bergerak sedikit pun. Saya rasa rumah kamu akan selamat buat sementara waktu," berbisik Aurora kepada haiwan-haiwan tersebut. Tetapi Putera Phillip semakin bersemangat. Belum sempat Aurora berkata apa- apa, baginda sudah pulang bergegas ke istana untuk mengambil kapak. Aurora lantas duduk di bawah pohon tua itu. "Alangkah baiknya jika Putera Phillip menyedari keindahan pohon tua ini, " keluh Aurora. Sekembalinya Putera Phillip ke situ, baginda tidak membuang masa walaupun sesaat. Baginda terus mencuba sedaya upayanya untuk menebang pohon tua itu. Tetapi, pohon tua itu sememangnya sangat kukuh dan tegap. Seketika kemudian, Putera Phillip mula terasa letih. "Pohon ini sangat degil!" ujarnya. "Nampaknya buan pohon tua itu sahaja yang degil," sindir Aurora. " Nampaknya, beta terpaksa belajar menerima pohon tua yang buruk ini, " tawanya. Sebelum pulang, Aurora sempat berbisik kepada haiwan- haiwan tersebut. " Rumah kamu kini selamat! " ujarnya. Pada keesokan paginya, Aurora dan Putera Phillip dikejutkan denga nyanyian merdu kicauan burung. Apabila mereka menjenguk keluar jendela, mereka terlihat haiwan- haiwan itu telah menaburkan kelopak- kelopak mawar di sepanjang laluan dari pohon tua itu hingga ke pintu istana. Putera Phillip dan Aurora berjalan mengikut laluan tersebut ke arah pohon tua. Haiwan- haiwan hutan itu telah menghiasi pohon tua tersebut dengan rantaian bunga- bunga yang indah. Apabila Aurora dan Putera Phillip duduk di bawah pohon itu, mereka lantas berpelukkan penuh mesra. "Beta berasa sangat gembira di atas kedegilan pohon ini. Jika tidak, beta tidak akan tahu kegembiraan yang ada di sebaliknya," ujar Putera Phillip sambil tersenyum. "Saya yakin yang tempat ini pasti akan membawa lebih banyak keindahan dan kegembiraan buat kita di masa akan datang jawab Aurora sambil mengukirkan senyuman manis.
              
                                                                                                  Tamat

Tuesday 22 March 2011

Pensel Dan Pen Baru

   Hai, semua. Saya terlupa nak tulis post "Pensel Baru" semalam... nasib baik ingat.... Semalam saya dan keluarga pergi IPC (Ikano Power Centre). Kami pun pergi ke POPULAR untuk membeli buku dan lain-lain.. Bila mama dan ayah saya sedang bercakap-cakap tentang buku, saya pun cakap dengan mama  " Mama saya nak beli pensel dan pen (biru). Lepas itu, mama cakap "ok" "pergi ambil mana yang kamu nak" saya pun pergi ke tempat Stationary. Selepas saya sudah pilih "Pensel dan Pen (biru)" saya pun bayar dan balik....


Itulah kisah "Pensel Dan Pen Baru"

Monday 21 March 2011

Pada Hari Pertama Di Sekolah

   Pada hari pertama saya di sekolah saya pergi ke kelas dan letak beg. Selepas saya letak beg saya pun beratur untuk ke dewan. Bila sudah habis perhimpunan saya pun ke kelas semula untuk mengambil nama dan bayar yuran. Bila dah habis sesi mengambil nama dan bayar yuran kami pun disuruh oleh Cikgu Fatimah untuk memperkenalkan diri kepada semua murid di kelas saya. Bukan saya seorang sahaja tetapi semua murid di dalam kelas.

Cerita Blog Saya

     Masa hari pertama saya buat blog ini saya rasa gementar. Maklumlah baru buat tak tahu nak tulis apa. Tapi sekarang saya rasa bebas untuk tulis karangan atau sebagainya. Saya memang tak pandai nak tulis karangan. Sejak mama dan ayah memberitahu kepada saya "Tulis Dalam Kertas" dan "Buat Isi-Isi Penting" jadi sejak itulah saya sering tulis apa-apa di blog saya ini. Saya rasa gembira sangat-sangat bila saya sudah tulis banyak jugaklah karangan dan sebangainya. Terima Kasih mama dan ayah kerana memberi saya semangat seperti memberitahu kepada saya jangan gementar.


Sekian,
Terima Kasih

Makan Steamboat....

 Bestnya semalam saya makan steamboat.


      Semalam saya, abang, ayah dan mama makan Steamboat di Ikano Power Centre. Tetapi ambil sup tom yam atau sup biasa. Saya masak mee dan fishball pun kena lama sebab mama cakap kalau sekejap nanti tak masak.... Kalau nak makan dekat situ jangan ambil sup jeee sebab nanti sup habis untuk dimasak. Kalau nak masak jangan masak semua sebab nanti tak habis dan tak muat mangkuk kecil. Masak sikit- sikit dulu. Bila dah habis makan baru masak yang baru. Kalau tidak rasa muak. Bila dah habis masak  lepas tu kita nak makan pula jangan biarkan api tutup api tu kalau tidak panas sangat.




Itulah pengalaman saya makan STEAMBOAT.


                

Terima Kasih Kepada Sesiapa Buka Blog Saya .

Friday 11 March 2011

Tsunami Alert:

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

Tuesday 8 March 2011

Karangan Autobiografi ( Aku Sebatang Pensel)

   Aku sebatang pensel. Nama aku Unicorn. Badanku berwarna hitam dan kelabu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Lama-kelamaan, aku dan kawan-kawanku telah dibawa ke sebuah kedai dengan menaiki sebuah lori.


  Aku dan kawan-kawanku yang lain telah dipamerkan di sebuah kedai yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail.Selepas aku tiba di kedai itu, seorang pemuda telah menampal harga di badanku . Aku berharga RM 0.70.


 Setelah lama aku di kedai itu, aku telah dibeli oleh budak perempuan dengan harga RM 0.70. Selepas itu, tuanku membawaku pulang ke rumahnya. Aku gembira kerana sudah mempunyai tuan.


 Nama tuan aku ialah Nora. Setiap kali Nora ke sekolah, dia membawa aku bersamanya. Nora menyimpan aku ke dalam bekas pensel.


 Nora menggunakan aku pada setiap hari beliau ke sekolah. Beliau sangat menyayangi aku dan sering membawa aku ke pusat tuisyennya.


 Pada suatu hari, Nora telah membuang aku kerana badanku sudah pendek dan tidak boleh digunakan lagi.

Biodata Lengkap Saya...

Nama saya Nur Qamarina Miza. Umur saya 10 tahun. Hobi saya melukis dan mambaca buku. Cita-cita saya ialah menjadi doktor. Saya ada 5 adik-beradik. Nama abang yang 1 saya ialah Muhd Fikri Ruzaini. Nama abang yang 2 saya ialah Muhd Adli Alauddin. Nama kakak saya ialah Nur Fatihah Atikah. Nama abang saya yang 3 ialah Muhd Hamzah Fansuri. Dan yang terakhir ialah saya.

Sunday 6 March 2011

Pengalaman di Jakarta pulak.......:))))






Hari kedua
Pada cuti Tahun baru Cina 2010 , saya dan keluarga telah bercuti ke kota Jakarta .Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dari LCCT. Tiba di airport Soekarno Hatta pukul 4.00 W.I.B. Waktu tiba di bandara cuaca hujan dan gelap. Dari airport kami terus ke hotel Ibis Tamarin. Setelah kami berehat sebentar ayah membawa kami makan di resto Garuda, di Jalan Sabang Jakarta Pusat.
Selepas bangun pagi, ayah terus membawa kami sarapan di Dunkin Donuts berhampiran Sarinah Mall. Ayah sudah biasa dan punya kenalan di Jakarta, jadi kami tidak punya banyak masalah disana. Selepas sarapan pagi ayah membawa kami ke Monas dan sekitarnya.Monas sepertti Menara Kuala Lumpur. Monas bermaksud Monumen Nasional. Ia adalah salah satu tempat menarik di Jakarta. Di atas monumen ini terdapat emas berbentuk api. Bila tiba waktu malam ia berkilau bila di lihat. Dari Monas kami terus jalan jalan ke Bundaran HI. Di depan Bundaran HI ada terdapat shopping mall yang terbesar di Jakarta iaitu Grand Indonesia. Terdapat macam macam kedai dan barang barang berjenama terdapat disini. Mall ini lebih kurang macam Mid Valley dan OU (One Utama). Ada kedai Topman, Topshop, Crocs, Seibu Departmental Store , Forever 21 , Florsheim dan lain lain lagi. Harganya lebih kurang aje . Di sini saya singgah ke kedai buku Gramedia . Saya membeli banyak buku buku cerita di sini.

Bila waktu malam tiba kami dibawa oleh ayah makan malam di resto Garuda lagi di Jalan Sabang. Makanan di resto ini pun sama macam di resto Simpang Raya. Semua lauk pauk dihidang di meja. Apa yang kita makan itu saja yang dia kira.




Hari ketiga

Kami ke Mangga Dua Mall dan ICT Mangga Dua. Orang sana mereka hanya panggil Mangga Dua ni Mangdu. Di Mangga Dua Mall terdapat banyak kedai pakaian, beg, permainan, peralatan sekolah, kasut dan bahan bahan untuk kraftangan. Di ICT Mangga Dua pula banyak yang menjual barang barang elektronik dan komputer. 

Dari Mangga Dua kami terus ke Anggerik Mall. Di Anggerik Mall ni kedai- kedainya seperti di Grand Indonesia juga. Cuma mall taklah sebesar Grand Indonesia. Disini terdapat Metro Departmental Store, Matahari Departmental Store, Bonia Outlet dan lain lain lagi. 

Hari keempat

Kami ke Masjid Istiqlal di tengah Kota Jakarta. Terdapat banyak aktiviti semasa saya datang ke masjid ini. Ada anak anak kecil tadika membuat persembahan Nasyid. Saya menunggu ayah solat di masjid ini. 

Setelah itu ayah membawa saya ke Taman Impian Ancol yang terkenal di Jakarta. Disitu ada banyak gelanggang ataupun tempat tempat untuk bermain dan berhibur. Taman Impian Ancol ini terletak diutara Kota Jakarta dan di tepi laut. Disini saya sempat pergi ke gelanggang Samudera untuk melihat persembahan anjing laut dan dolphin. Anjing laut disitu telah diajar matematik yang mudah untuk membuat persembahan. Kemudian saya pergi menaiki Roller Coaster, melihat persembahan 4D Journey To The Center Of The Earth. Saya juga membeli sedikit cenderamata disitu. 

Bila waktu sudah gelap kami pun kembali ke hotel. 

Hari kelima

Setelah sarapan pagi kami pun berkemas dan ke bandara Soekarno Hatta untuk pulang ke KL.

Pengalaman di Jakarta memberi saya banyak pelajaran.

Saturday 5 March 2011

Pengalaman di Bandung ... Best .... he he he

Pengalaman di Bandung saya amat menarik. Saya melancong ke Bandung bersama keluarga saya seramai tujuh orang. Kami bertolak pada pukul 2.00 tengahari dari LCCT , Ogos 2009. Kami tiba di lapangan terbang Hussein Sastranegara, Bandung jam 3.00 W.I.B


Tiba saja kami terus pergi makan ke restoran Simpang Raya Bandung. Saya terkejut punya banyak lauk sampai saya tidak tahu nak makan yang mana satu. Rupa-rupanya ayah beritahu saya kalau tak habis semua takpe sebab dia kira mana yang kita makan saja.


Dari Simpang Raya kami ke jalan Dago. Disini saya pergi ke FO Grande. Saya tidak lama disini kerana hari sudah malam. Kami pun terus ke Orange Guest House, di kawasan Kampung Melayu di Bandung.


Hari kedua


Kami bersarapan di guest house. Selepas sarapan kami terus ke FO di sekitar Jalan Dago. FO yang ada disitu ialah Raffles City, Glamour, Episode, Blossom, Victoria, Donatelo, Jetset, Level dan lain lain lagi. Harganya murah tapi barang dia ada yang origanal fake dan ada yang reject.


Bila tiba waktu makan kami makan di resto Simpang Raya.


Hari ketiga


Kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Tempat wisata yang terkenal di Bandung. Tangkuban Parahu adalah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Kali terakhir ia meletup  kira kira 40 tahun dahulu. Saya lihat di situ kawah nya masih mengelegak lagi. Saya sangat suka diatas gunung kerana cuaca sejuk walaupun matahari tegak di kepala. . Saya  naik kuda bersama kakak saya dan jalan jalan di sekitar puncak Gunung Tangkuban Parahu. Selepas itu kami dibawa ke tempat air panas yang keluar dari tanah. Airnya panas sekali dan saya disuruh membeli telur ayam dan terus merebusnya di situ. Disitu juga saya disuruh mencelupkan kaki saya ke air panas yang kurang sikit panasnya untuk menyembuhkan kaki saya yang letih. Kemudian kami dibawa melihat pokok yang berusia lebih 1000 tahun. Punyalah besar pokok ni saya tak dapat peluk langsung pokok ni. Kemudian kami dibawa ke ladang strawberi di kaki Gunung Tangkuban Parahu. Bila tiba waktu makan kami makan di resto Balibu di kaki Gunung Tangkuban Parahu.


Hari keempat


Setelah sarapan pagi kami terus ke FO Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Dekat dengan Rumah Mode ada juga FO-FO lain seperti Mode Plus dan Natural Factory Outlet. Dari situ kami dibawa jalan jalan ke Cihamplas dan ke Paris van Java. Di Paris van Java saya ke kedai buku Gramedia dan saya membeli buku-buku cerita.


Kemudian kami dibawa ke FO lain di Bandung seperti Cascade, Heritage, Formen, Terminal Tas dan Stamp. Saya suka di Cascade dan Heritage pakaian pakaian disitu sangat cantik dan ada kualiti. Setelah hari hampir gelap kami pun pulang ke guest house.


Hari kelima


Saya ikut ibu ke Pasar Baru Bandung. Di Pasar Baru ada banyak pakaian- pakaian muslim dan muslimah, beg-beg dan macam macam lagi. Disini ada perhidmatan menjahit baju siap dalam tempoh 24 jam. Punyalah dashat....... Dari Pasar Baru saya terus ke Toko 3. Toko 3 ni dia jual jeans origanal untuk pasaran tempatan. Harga punyalah murah......... Abang saya yang no 2 telah beli 5 seluar jeans Levi's. Abang saya yang tua pun beli banyak seluar jeans ha ha ha.


Dari Toko 3, abang-abang saya nak pergi pulak dekat kedai muzik Tiga Negeri. Abang saya seronak melihat peralatan muzik di situ. Harganya pun murah jugak.


Dari situ kami dibawa jalan jalan ke Gedung Sate. Gedung Sate ini adalah bangunan kerajaan di Kota Bandung. Memang di bumbung bangunan ini ada bentuk sate di atas.


Hari keenam


Setelah sarapan pagi kami pun bersiap sedia ke Bandara Hussein Sastranegara untuk pulang ke KL.




Inilah pengalaman saya pertama kali ke Kota Bandung. Saya amat gembira sekali dengan pengalaman ini.

Kucing.

Koko


Koko adalah kucing pertama saya. Koko sangat manja. Hobi Koko ialah makan,minum dan tidur. Koko adalah kucing yang sangat comel. Koko tidak pernah gigit atau mencakar orang . Saya sayang koko.


Didi


Didi adalah kucing kedua saya. Didi manja dan nakal. Hobi Didi ialah makan,minum,tidur dan main. Didi kucing active sangat. Didi selalu main dengan saya. Didi manja dan comel. Didi suka tidur di sebelah saya dan suka mengurut saya jika saya tidak melayan dia. Didi kucing yang sangat kelakar. Saya sayang Didi.