Thursday, 11 October 2012

Perler Beads Collection

Oh, Hi!! Sudah berbulan bulan tidak update post di blog saya, maklumlah sibuk dengan ujian dan pksr sebab tahun depan saya ada UPSR yg sangat penting..hehe...apa apa pun saya nak cerita tentang Perler Beads...cuba korang search "Perler Beads" dkt google ataupun google images, sure korang jumpa punya!! hehe, so itulah hobby baru saya (: teehee. tu je la kot dari saya, InsyaAllah kalau tak busy saya post gambar Perler beads collection saya, hehe..best kalau buat tu! tpi memang sangat penat nak letak satu satu lepastu bila dah iron sekejap nanti dia pecah hancur lebus..hehe..so iron lama sikit ok..tpi jgn sampai iron korang terbakar cukup..hehe..tu je la :D bye!

Monday, 11 July 2011

TESTING ! ! !

Bulan Puasa .

Hai kawan kawan semua, Bulan depan ialah bulan puasa. Mari kita beramai ramai berpuasa !




Sambutlah RAMADHAN  dengan penuh ikhlas.




Peringatan: Jangan sorok sorok makan ! Orang TAK nampak tapi ALLAH nampak !

Tuesday, 28 June 2011

Kucing Baru

Saya ada kucing baru nama kucing baru saya ialah KAKAK ...




Itu saja dari saya


Sekian Terima Kasih

Friday, 27 May 2011

Ketika Cinta Bertasbih- Melly Goeslow ..

Obat hati ada lima perkaranya,


Yang pertama baca qur'an dan maknanya,
Yang kedua solat malam dirikanlah,
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh,
Yang keempat berbanyaklah berpuasa,
Yang kelima zikir malam berpanjanglah,


Salah satunya siapa bisa menjalani,
Moga moga gusti allah mencukupi...

Orang Yang Paling Saya Sayangi .

 Hai Kawan kawan !! Orang yang paling saya sayangi ialah ibu bapa dan keluarga saya. Tak terlupa pula kucing saya hehe ...


Itu sahaja yang saya ingin sampai kan .


Bye kawan kawan ....


TQ

Cuti Sekolah !!!

Best nya cuti sekolah ! Saya boleh tidur lambat dan bangun lambat :D

Tuesday, 3 May 2011

Sakit Kaki !!!

 Hai!!!! Saya sedang sakit kaki sekarang ini. Nak tahu kenapa saya sakit kaki ? Saya sakit kaki sebab duduk bersila berjam- jam. Kalau kamu duduk bersila berjam- jam pun kaki kamu akan rasa sakit seperti saya.


 Itu saja daripada saya.
 Sekian,
Terima Kasih
Nur Qamarina Miza

Saturday, 30 April 2011

Elmo Cartoon
Cute Baby: Elmo
Baby Elmo
Cartoon Cupcake
Cartoon Cupcake

Kucing Kegemaran Saya !

 Hai, kucing kegemaran saya ialah Kaka. Saya bela Kaka sejak dari Kaka kecil. Kaka memang nakal masa dia kecik2 tapi sekarang bila dia dah bunting banyak kali dia dah tak berapa nakal dah...  Tapi walaupun Kaka buntuing tapi dia masih COMEL!!!

Sekian,
Terima Kasih
Nur Qamarina Miza

     perhatian!!! Jika sebarang pertanyaan sila hantar email ke nurqamarinamiza@gmail.com.

Mulut Didi Bengkak?????

 Hai... Kalau kawan- kawan nak tahu mulut Didi bengkak .... Kesian didi. Saya pun tak tahu kenapa mulut Didi bengkak. hehe. Tapi apa- apa pun saya harap Didi sembuh seperti kucing saya yang lain.




Sekian,
Terima Kasih
Nur Qamarina Miza

Monday, 28 March 2011

Makan Rotiboybun....

 Hai kawan- kawan! Tadi saya makan rotiboybun .... Sedap....mmmmm.... Biasalah rotiboybun tu lah roti kegemaran saya.... Kalau kita  tengok memang besar tapi bila kita makan sekejap je dah habis.... ish ish ish.... ada magic... hehe... Walau macam mana pun itu tidak ada masalah bagi saya untuk menjadi roti kegemaran saya.... Kalau dekat 1 Utama dia ada banyak warna coklat jadi sedap tapi dekat Mid Valley banyak warna putih + Coklat jadi tidak berapa sedap sangat.... hahaha...  Tapi tak apa janji sama sahaja rasanya. Saya saja yang tak tahu yang sebernanya tak kisah warna apa apa  ianya hanya sama rasa....... hehe .....


 Itulah cerita Rotiboy Bun saya ... hehe ....

Pertandingan Mewarna

 Hai kawan- kawan. Esok saya kena bawak pensil warna atau krayon atau watercolour.... rasanya nak bawak yang mana satu huh??? "pening pening pening". Hah! Rasanya bawak pensil warnalah. Saya akan pasti yang saya akan menang... Kepada kawan- kawan semua tolong doakan saya supaya saya menang... Kalau saya menang saya janji akan tulis "POST" setiap hari supaya kawan- kawan gembira.....   Itulah pengalaman esok  ( 29.3.2011} sekolah saya akan mengadakan satu program iaitu " Pertandingan Mewarna"    


    
        Sekian,
        Terima Kasih




       Yang Benar : Miza

Thursday, 24 March 2011

Pohon Tua Degil Yang Istimewa.

 Pada suatu hari, Aurora dan Putera Phillip sedang menikmati permandangan di halaman istana. "Permandangan yang sangat mempersonakan!" ujar Aurora. "Ia hampir sempurna!" jawab Putera Phillip. Tiba-tiba, baginda terlihat sebuah pohon tua. "Saya rasa pohon tua itu telah mencacatkan permandangan," ujarnya. Kemudian, Putera Phillip mengambil seutas tali, lantas menunggang kudanya untuk pergi membuang pohon tua itu. Aurora juga turut menyertainya. Tiba- tiba, sekumpulan haiwan hutan berlari ke arah Aurora. Mereka kelihatan sangat takut kerana pohon tua itu telah manjadi tempat tinggal mereka sekian lama. "Saya akan cuba memujuk Putera Phillip supaya mengubah fikiran, " janji Aurora. Kemudian, Aurora terlihat Putera Phillip sedang bersiap sedia untuk menumbangkan pohon tua itu. Putera Phillip mengikat tali pada keliling batang pohon itu dan menyambungkannya pada pelana kuda. Putera Phillip cuba menarik pohon tersebut bersama kudanya tetapi pohon itu tidak bergerak sedikit pun. Saya rasa rumah kamu akan selamat buat sementara waktu," berbisik Aurora kepada haiwan-haiwan tersebut. Tetapi Putera Phillip semakin bersemangat. Belum sempat Aurora berkata apa- apa, baginda sudah pulang bergegas ke istana untuk mengambil kapak. Aurora lantas duduk di bawah pohon tua itu. "Alangkah baiknya jika Putera Phillip menyedari keindahan pohon tua ini, " keluh Aurora. Sekembalinya Putera Phillip ke situ, baginda tidak membuang masa walaupun sesaat. Baginda terus mencuba sedaya upayanya untuk menebang pohon tua itu. Tetapi, pohon tua itu sememangnya sangat kukuh dan tegap. Seketika kemudian, Putera Phillip mula terasa letih. "Pohon ini sangat degil!" ujarnya. "Nampaknya buan pohon tua itu sahaja yang degil," sindir Aurora. " Nampaknya, beta terpaksa belajar menerima pohon tua yang buruk ini, " tawanya. Sebelum pulang, Aurora sempat berbisik kepada haiwan- haiwan tersebut. " Rumah kamu kini selamat! " ujarnya. Pada keesokan paginya, Aurora dan Putera Phillip dikejutkan denga nyanyian merdu kicauan burung. Apabila mereka menjenguk keluar jendela, mereka terlihat haiwan- haiwan itu telah menaburkan kelopak- kelopak mawar di sepanjang laluan dari pohon tua itu hingga ke pintu istana. Putera Phillip dan Aurora berjalan mengikut laluan tersebut ke arah pohon tua. Haiwan- haiwan hutan itu telah menghiasi pohon tua tersebut dengan rantaian bunga- bunga yang indah. Apabila Aurora dan Putera Phillip duduk di bawah pohon itu, mereka lantas berpelukkan penuh mesra. "Beta berasa sangat gembira di atas kedegilan pohon ini. Jika tidak, beta tidak akan tahu kegembiraan yang ada di sebaliknya," ujar Putera Phillip sambil tersenyum. "Saya yakin yang tempat ini pasti akan membawa lebih banyak keindahan dan kegembiraan buat kita di masa akan datang jawab Aurora sambil mengukirkan senyuman manis.
              
                                                                                                  Tamat