Thursday 24 March 2011

Pohon Tua Degil Yang Istimewa.

 Pada suatu hari, Aurora dan Putera Phillip sedang menikmati permandangan di halaman istana. "Permandangan yang sangat mempersonakan!" ujar Aurora. "Ia hampir sempurna!" jawab Putera Phillip. Tiba-tiba, baginda terlihat sebuah pohon tua. "Saya rasa pohon tua itu telah mencacatkan permandangan," ujarnya. Kemudian, Putera Phillip mengambil seutas tali, lantas menunggang kudanya untuk pergi membuang pohon tua itu. Aurora juga turut menyertainya. Tiba- tiba, sekumpulan haiwan hutan berlari ke arah Aurora. Mereka kelihatan sangat takut kerana pohon tua itu telah manjadi tempat tinggal mereka sekian lama. "Saya akan cuba memujuk Putera Phillip supaya mengubah fikiran, " janji Aurora. Kemudian, Aurora terlihat Putera Phillip sedang bersiap sedia untuk menumbangkan pohon tua itu. Putera Phillip mengikat tali pada keliling batang pohon itu dan menyambungkannya pada pelana kuda. Putera Phillip cuba menarik pohon tersebut bersama kudanya tetapi pohon itu tidak bergerak sedikit pun. Saya rasa rumah kamu akan selamat buat sementara waktu," berbisik Aurora kepada haiwan-haiwan tersebut. Tetapi Putera Phillip semakin bersemangat. Belum sempat Aurora berkata apa- apa, baginda sudah pulang bergegas ke istana untuk mengambil kapak. Aurora lantas duduk di bawah pohon tua itu. "Alangkah baiknya jika Putera Phillip menyedari keindahan pohon tua ini, " keluh Aurora. Sekembalinya Putera Phillip ke situ, baginda tidak membuang masa walaupun sesaat. Baginda terus mencuba sedaya upayanya untuk menebang pohon tua itu. Tetapi, pohon tua itu sememangnya sangat kukuh dan tegap. Seketika kemudian, Putera Phillip mula terasa letih. "Pohon ini sangat degil!" ujarnya. "Nampaknya buan pohon tua itu sahaja yang degil," sindir Aurora. " Nampaknya, beta terpaksa belajar menerima pohon tua yang buruk ini, " tawanya. Sebelum pulang, Aurora sempat berbisik kepada haiwan- haiwan tersebut. " Rumah kamu kini selamat! " ujarnya. Pada keesokan paginya, Aurora dan Putera Phillip dikejutkan denga nyanyian merdu kicauan burung. Apabila mereka menjenguk keluar jendela, mereka terlihat haiwan- haiwan itu telah menaburkan kelopak- kelopak mawar di sepanjang laluan dari pohon tua itu hingga ke pintu istana. Putera Phillip dan Aurora berjalan mengikut laluan tersebut ke arah pohon tua. Haiwan- haiwan hutan itu telah menghiasi pohon tua tersebut dengan rantaian bunga- bunga yang indah. Apabila Aurora dan Putera Phillip duduk di bawah pohon itu, mereka lantas berpelukkan penuh mesra. "Beta berasa sangat gembira di atas kedegilan pohon ini. Jika tidak, beta tidak akan tahu kegembiraan yang ada di sebaliknya," ujar Putera Phillip sambil tersenyum. "Saya yakin yang tempat ini pasti akan membawa lebih banyak keindahan dan kegembiraan buat kita di masa akan datang jawab Aurora sambil mengukirkan senyuman manis.
              
                                                                                                  Tamat

No comments:

Post a Comment